Apabila kita merasa lemah, tidak bersemangat, memikirkan kita mempunyai terlalu banyak masalah yang bertimbun, maka ketika itu, keadaan fizikal dan minda kita akan berada dalam keadaan “negative”. Lemah, semakin lemah dan tersungkur..

Oleh itu, jangan hanya memendam keseorangan. Berjalanlah di muka bumi Allah, lihatlah alam sekeliling, perhatikanlah manusia lain, nescaya kita akan dapati masalah kita bukanlah masalah yang berat, kerana nescaya insan lain lebih berat masalahnya..

Apabila timbul rasa syukur di dalam diri, maka kalimah zikrullah menjadi ringan di bibir, yakin dengan ketentuan Allah, insyallah segala masalah ada penyelesaiannya..

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Surah As-Sharh : 5)

Tinggalkan komen anda