“Aku buat maksiat, aku tidak kesah solat lewat, aku subuh memang la jarang-jarang buat, aku couple lagi.. memang bahagia hidup aku.. tapi, aku sihat je badan, pergi kelas boleh je fokus, jarang sakit-sakit, otak cerdas lagi, exam memang high score..

Kau tu, bujet ustaz la.. solat bujet ontime, tak nak gaul dengan perempuan kata hubungan haram.. tapi, tengok la kau tu.. badan selalu tak sihat, otak bukan pandai pun, lambat pickup apa doktor ajar, exam memang cukup-cukup makan jer.. baik kau jadi macam aku..” ujar A kepada sahabatnya, B..

Lalu B menjawab, “iya, Allah masih kurniakan kamu kesihatan tubuh badan, nikmat sihat, nikmat akal yang cerdas, namun kau perlu ingat, nikmat itu Allah juga kurniakan kepada orang-orang yang tidak mentauhidkanNya dan mensyirikanNya. tengok sahaja Firaun, mengaku Tuhan, tapi tidak pernah sakit. 

Namun, alhamdulillah walaupun aku tidak la otak cerdas, badan selalu sakit, namun Allah mengurniakan aku satu nikmat yang yang jarang orang dapat, walau orang Muslim, iaitu nikmat untuk bangun qiamullail di waktu malam.. di kala kamu merasakan tidur itu nikmat, aku merasakan dengan menggadaikan penghujung malam aku untuk sujud dan rukuk kepada Allah dalam keadaan yang cukup tenang, adalah nikmat yang cukup-cukup aku syukuri.. Aku tidak gusar jika Allah menarik nikmat sihat, namun aku cukup gusar jika Allah tidak lagi memberikan aku nikmat iman untuk terus bangun qiamullail..”

Tinggalkan komen anda