Apabila tiba hari nuzul quran (17 Ramadhan) berkenaan ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu “اقرأ”, kembali teringat Buku Iqra’ yang digunakan sewaktu kecil dahulu, belajar asas mengenal Al-Quran..

Sebagaimana kalimah “اقرأ” itu menyeru kepada menuntut ilmu, maka ilmu Al-Quran adalah ilmu yang utama yang perlu dituntut oleh umat Islam..

Sebab itulah kecil-kecil lagi sudah mula belajar Al-Quran menggunakan buku iqra’. Apabila kanak-kanak dari kecil sudah diasuh dengan Al-Quran, dibentuk dengan acuan Al-Quran, keluarga yang mengetengahkan panduan Al-Quran dalam pembentukan anak-anak mereka, insyallah apabila besar, dapat hidup dan mengamalkan Islam.. Kerana Al-Quran adalah dustur utama di dalam Islam.. 🙂

 

 

 

Tinggalkan komen anda