Malik bin Dinar mencuri hati pencuri..

Teringat kisah sang pencuri dengan Malik bin Dinar.. Suatu malam, ketika pencuri sedang pecah masuk, Malik bin Dinar sedang berqiamullail. Melihat si pencuri buntu tidak ketahuan untuk mencuri apa (kerana rumah Malik bin Dinar tiada barang bernilai), lalu Malik bin Dinar berkata kepada pencuri, "Aku tidak mahu menghampakan harapan kamu, maka aku ingin menawarkan sesuatu…

Ada orang kata,  "xpayah layan la sangat diorang tuh.. biarlah mereka buat kerja mereka, kita buat kerja kita.." Saya kata, "kita ni macam tengah berjalan, dan penghujung kita masih jauh. mereka ini macam batu-batu yang menghalang di tengah jalan. ada batu yang kita biarkan saja. ada batu yang kita sepak ke tepi. banyak sangat batu-batu…

Tidak guna ada seperigi air, jika tidak ada pam air yang membolehkan orang ramai mendapatkan air dari perigi tersebut.. Tidak guna ada kemahiran, jika tidak disalurkan kemahiran tersebut kepada orang ramai untuk mendapatkan manfaat darinya..

Pantun subuh..

Bagaimana ingin ceria di pagi hari, jika subuhnya di siang hari? Bagaimana ingin rasa syukur, jika pukul 10 masih lagi berdengkur? Bagaimana ingin ceria wajah, jika solat subuh gajah? Bagaimana ingin tenang hati, jika terlepas subuh kerana tidur mati? Bagaimana ingin lapang pemikiran, jika Quran dan zikir jarang kedengaran?

Mensyirikkan Allah dengan doa?

"Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata,  “Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku sudah beramal maka Engkau wajib membayar…

Kisah “Saahibul Niqab”

Apabila menyebut bab keikhlasan, sentiasa akan teringat kisah "Saahibul Niqab".. Yang mana ketangkasannya berperang, kekuatannya yang mampu untuk menerobos pintu gerbang musuh seorang diri, menarik perhatian sang ketua panglima.. Permintaan sang ketua untuk bertemu dengan lelaki misteri itu dicanang-canangkan, namun tiada yang tampil. Pada malam hari, si "Saahibul Niqab" bertemu dengan sang ketua, dengan memberi…

Muhasabah..

Kena interview dengan ZMT sebentar tadi, menyentap persoalan di benak fikiran berkenaan dengan apa tujuan menjerumuskan diri dalam bidang Perubatan yang 'berbahaya' ini.. Setelah lebih 4 tahun berkelana di bumi Mesir, suasana persekitaran kurang merangsang 'adrenaline' untuk menjadi bakal doktor suatu hari nanti. Namun, apabila melihat barisan penemuduga tadi, yang merupakan Gen 1 ZMT, tidak…

Antara sebab kenapa kita lemah dan hilang semangat..

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. [Surah Al-Anfal : 46]