Kisah juang Anas bin An-Nadr

Antara salah satu cara untuk kekal bermotivasi, adalah dengan membaca cebisan kisah-kisah hebat para pejuang Islam.

Antara kisah yang menarik bersempena dengan musim Syawal ini, iaitu di dalam peperangan Uhud yang berlaku pada 7 Syawal 3 Hijrah, ialah kisah Anas bin An-Nadr.

Anas bin An-Nadr pernah berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, aku tidak menyertai peperangan Badar, dan jika Allah mengizinkan aku untuk menyertai peperangan menentang musyrikin (selepas ini), Allah akan lihat apa yang akan aku lakukan.”

Dan, ketika dalam peperangan Uhud, ketika tentera Islam diserang balas habis-habisan, Anas bin An-Nadr bertempur dengan sungguh hebat. Beliau mati di medan perang dan mayat beliau terdapat 80 kesan tikaman, anak panah di badannya. Mayat beliau hanya dikenal pasti oleh kakaknya melalui hujung jarinya.

Anas R.A. (anak saudaranya) berkata, “Kami yakin ayat 

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Surah Al-Ahzab : 23)

merujuk kepada beliau (Anas bin An-Nadr) dan orang yang seumpamanya.”

*Kisah dipetik dari Riyadussalihin, bab mujahadah..

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s