Kita seperti seorang petani..

• Diberikan TANAH oleh Allah SWT untuk bercucuk tanam, menuai hasil di akhirat..
BIJI BENIH yang bermutu seperti amalan ikhlas kepada Allah..
• Amalan kita bercambah seperti BIJI BENIH, menghasilkan tujuh tangkai, dan setiap tangkai mempunyai 100 biji benih..
• Diberikan BAJA untuk menyuburkan tanaman, seperti Ramadhan, menunaikan haji..
AIR yang menyegarkan tanaman seperti solat 5 waktu, hari Jumaat..
RACUN untuk lalang dan binatang perosak seperti solat taubat..
PAGAR kebun yang mengelakkan dari tanaman memasuki kawasan orang lain seperti panduan Al-Quran..
Cahaya Matahari yang menghijaukan tanaman seperti ilmu Islam yang menyinari kehidupan..

Jadi petani ni penat, kena dapat biji benih yang bermutu, selalu siram, jaga rapi dari makhluk perosak dan lalang, kadang kala racun, perkukuh pagar.. Kalau seorang petani itu berputus asa dengan banyaknya tugasan, maka tanamannya rosak dan beliau langsung tidak mendapat hasil..

Begitu juga kita hamba, hendak mendapat martabat “عبد الله” itu berat. Kena selalu suburkan iman, jaga batas halal haram, tambah ilmu pengetahuan, ikut dan patuh garis panduan Allah SWT.. Kalau kita berputus asa dan tewas dengan dunia, maka rugi hidup di dunia, celaka di akhirat..

Jadikan Ramadhan sebagai baja untuk menyuburkan iman..

• تربية رمضان •

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s