Mereka juga puasa..

Apabila disebut di dalam bulan Ramadhan ini berlaku banyak siri peperangan di zaman Rasulullah SAW, kita kurang merasakan bahawa peperangan itu memerlukan suatu kekuatan fizikal yang cukup hebat, kerana fikiran kita terbayang dengan cara peperangan pada zaman sekarang, menggunakan senjata moden, peperangan jarak jauh, lebih kepada kecanggihan teknikal..

Sedarlah bahawa peperangan pada zaman Rasulullah merupakan peperangan jarak dekat, yang menggunakan pedang, perisai, tombak, anak panah, menunggang kuda dan sebagainya.. 

Peperangan yang mana mayat-mayat tentera bergelimpangan, kepala terputus dari badan, anggota badan bercerai-berai, darah-darah membasahi sut perang, kolam darah yang membanjiri medan peperangan.. 

Apabila kita dapat membayangkan suasana berkenaan, kita seharusnya sedar bahawa mereka bertempur dalam keadaan berpuasa, tetapi kenapa fizikal mereka kuat?

Kekuatan fizikal mereka dijana dari kekuatan rohani yang kuat kepada Allah SWT. Makanan hanyalah wasilah untuk memberikan tenaga, sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang mengurniakan tenaga yang sungguh luar biasa kepada tentera-tenteraNya untuk menghadapi musuh..

Jangan kita jadikan puasa ini sebagai alasan untuk bermalas-malasan dan tidak produktif dalam gerak kerja seharian..

• رمضان شهر الجهاد •

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s