Jangan hanya berpeluk tubuh..

Apabila diseru seruan jihad, janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan hanya menyuruh golongan pimpinan untuk mara berjuang, sedangkan kita tidak memberi bantuan dan hanya duduk sahaja.

Jangan jadi seperti kaum Nabi Musa, apabila diseru jihad, mereka tidak mahu mengikutinya.

Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”. (Surah Al-Maidah : 24)

Tetapi hendaklah kita menjadi seperti para sahabat Nabi Muhammad SAW (kisah Perang Badar), apabila mendapat perkhabaran kemaraan kafir Quraisy ke arah kaum Muslimin, Rasulullah meminta pendapat para sahabat.

Lalu bangkit Sa’ad Ibn Muaz berkata; “Sesungguhnya kami telahpun beriman dan percaya dengan kau, dan kami mengaku bahawa segala apa yang kau bawa itu adalah benar, dan kami telahpun beri kepercayaan serta mengikat janji akan patuh dan taat maka teruskanlah mengikut kehendakmu di mana kami sekalian bersamamu. Demi Dialah yang mengutus dikau dengan benar, seandainya kau mengharungi lautan, nescaya kami akan harungi bersama kamu”

• تربية رمضان •

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s