Beza penyokong dan pendokong perjuangan Islam..

Ada beza antara menjadi PENYOKONG atau PENDOKONG..

Penyokong ini hanya “sokong”, kalau menang, bersorak kegembiraan.. kalau kalah, dicemuh, dicaci, malah ditanggalkan.. Hanya menjadi pemerhati luar, tidak terlibat dengan sebarang gerak kerja.. 

Adapun pendokong itu, bersama-sama membanting tulang menjayakan matlamat, tidak kira ketika susah atau senang, tidak kira menang atau kalah, tetap jitu mendokong.. Golongan ini terlibat dalam lapangan gerak kerja..

*tidak sama penyokong bola sepak dengan pemain bola sepak (analogi mudah)

Allah SWT menyebut di dalam Surah An-Nisa’ ayat 95 dan 96, berkenaan dengan perbezaan antara “Orang yang duduk” dengan “Orang yang berjuang” :

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

• تربية رمضان •

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s