Pemurahnya Allah…

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah Al-An’am : 160)

Imam Ahmad menyatakan di dalam Musnadnya bahawa Ibnu Abbas berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Tuhan kamu, yang penuh kemuliaan dan Maha Berkuasa, adalah yang Maha Pemurah. Sesiapa yang berniat untuk melakukan perbuatan yang baik tetapi tidak melakukannya, akan ditulis kepadanya satu kebaikan. Jika dia melakukan amal kebaikan tersebut, akan ditulis sebanyak 10 kebaikan sehingga 700 kebaikan, sehingga tidak terhitung berlipat kali ganda. Sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, maka ditulis kepadanya satu kebaikan. Jika dia melakukannya, akan ditulis satu kejahatan, melainkan Allah menghapuskannya. Hanya orang yang patut dimusnahkan akan dimusnahkan oleh Allah” (Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Nasa’i)

3 golongan yang tertahan diri dari melakukan dosa (yang mereka niatkan):

  1. Mereka tertahan diri kerana mereka takutkan Allah, dan akan ditulis kepada mereka amal kebaikan sebagai ganjaran. Golongan ini mempunyai niat dan perbuatan yang baik.
  2. Mereka tertahan diri kerana terlupa, atau disibukkan dengan urusan lain. Mereka tidak diberi ganjaran dosa mahupun pahala kerana mereka tidak berniat untuk buat kebaikan atau kejahatan.
  3. Mereka tertahan diri (tidak melakukan dosa tersebut) kerana tidak mampu atau kerana malas, setelah berusaha sedaya upaya untuk melakukannya.Golongan ini sama seperti orang yang melakukannya (mereka turut diberi ganjaran dosa).
    Sebagaimana juga disebut di dalam hadis sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda “Apabila dua Muslim bertarung pedang, pembunuh dan orang yang dibunuh akan dihumban ke Neraka.” Mereka berkata, “Wahai pesuruh Allah! Kami tahu berkenaan dengan pembunuh, tapi bagaimana dengan orang yang dibunuh?” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Dia juga ingin membunuh musuhnya.”
Sumber : Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir

Masyallah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar.. Tidak tergambar betapa pemurahNya Allah kepada hamba-hambaNya. Niat untuk buat kebaikan, sudah diberi ganjaran sebagaimana buat. Kalau buat, dilipat gandakan lagi ganjaran.

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s