بسم الله الرحمن الرحيم

Petikan tafsir dari Surah Al-Jumu’ah (سورة الجمعة) ayat ke-5

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

*gambar hiasan

Allah SWT menegur orang Yahudi yang telah diamanahkan dengan Kitab Taurat yang perlu mereka patuhi. Namun, mereka tidak melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan (dari Kitab Taurat), Allah SWT telah menyamakan mereka dengan keldai, yang membawa buku-buku tanpa mengetahui isi kandungan buku-buku tersebut. Ini adalah gambaran yang Allah berikan kepada mereka yang dikurniakan Kitab, mereka menghafalnya, tetapi mereka tidak memahaminya dan tidak juga mengamalkan peraturan di dalamnya. Malah lebih teruk, mereka menyalah tafsir, memutarbelit dan mengubahnya. Mereka ini lebih teruk dari keldai, kerana keldai tidak mampu untuk memahami kitab, sedangkan mereka dikurniakan dengan akal tetapi mereka tidak menggunakan akal tersebut. 

Imam Ahmad merekodkan bahawa Ibn Abbas berkata, “Nabi Muhammad SAW bersabda, sesiapa yang bercakap di dalam masjid ketika Imam menyampaikan khutbah Jumaat, dia seperti keldai yang membawa bebanan kitab-kitab yang berat (tetapi tidak memahami sesuatupun daripadanya); dan sesiapa yang berkata kepada orang bercakap, “tolong senyap”, maka dia tidak menunaikan solat Jumaat”

Sumber : مختصر تفسير ابن كثير

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s