بسم الله الرحمن الرحيم

Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat ke-100 ;


Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.(Al-Maidah : 100)


Perkara sedikit yang halal adalah lebih baik daripada banyak yang haram.

Abu ‘Umamh meriwayatkan bahawa Tha’labah Ibn Hatib Al-Ansari berkata, “Wahai Pesuruh Allah! Berdoalah kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku harta kekayaan.” Nabi Muhammad SAW bersabda, “Lebih baik dikurniakan yang sedikit yang mana kamu mampu bersyukur kepada Allah daripada dikurniakan yang banyak tetapi kamu tidak mampu bersyukur kepada Allah SWT.”

Kalau nak Mumtaz dengan meniru, baik x payah.!!

Jika kita melihat kepada perkara yang selalu berlaku dalam kalangan para pelajar ialah MENIRU ketika peperiksaan, semata-mata ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang atau markah yang tinggi yang boleh dibanggakan. Pelbagai cara meniru yang digunakan, dengan bertanya orang yang terdekat (paling biasa), bawa nota sama ada di dalam kertas atau di dalam telefon bimbit (biasa), mesej kawan di rumah untuk mengetahui jawapan (berani) dan pelbagai lagi teknik-teknik yang kadang-kala tidak masuk akal, hanya semata-mata untuk memuaskan hati bahawa telah MAMPU untuk menjawap semua soalan dan YAKIN akan mendapat markah yang tinggi.

UNTUK APA SEBENARNYA MENIRU?? 

Jika kita perhatikan ayat di atas, Allah telah menyatakan bahawa sedikit yang halal itu adalah LEBIH BAIK dari haram yang banyak kerana yang halal ada keberkatan dan yang haram tidak ada keberkatan. Dengan kata lain, kita hadapi peperiksaan dengan usaha sendiri (tidak meniru), dan jika keputusan itu TIDAK MEMUASKAN adalah LEBIH BAIK dari meniru dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Sebenarnya orang yang suka meniru ini adalah orang yang :

  • tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri
  • tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT
  • tidak kisah dengan keberkatan ilmu
  • tidak pernah berusaha (hanya usaha untuk buat nota masuk exam)

Jadi, ketika kita berada betul-betul di ambang peperiksaan ini, gunalah SEBAIK MUNGKIN masa yang ada untuk membuat persiapan yang secukupnya. Insyallah, jika niat kita betul, Allah akan mempermudahkan ulangkaji kita. Walaupun kita rasa masih lagi belum cukup persiapan, banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya memberikan pertolonganNya ketika peperiksaan nanti.

Jika usaha kita sudah TERBAIK, doa kita sudah TERBAIK, ketika peperiksaan kita sudah buat yang TERBAIK, insyallah Allah akan kurniakan yang TERBAIK untuk kita. Jika ditakdirkan Allah ingin menguji kita dengan kegagalan, maka kita ada kekuatan untuk redha, kerana kita telah berusaha, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Jika usaha kita SEDIKIT, doa kita JARANG-JARANG, ketika peperiksaan pula MENIRU, KEGAGALAN adalah sesuatu yang pasti. Jika Allah uji dengan nikmat kecemerlangan, ingatlah bahawa itu adalah istidraj..

JOM USAHA SEHABIS BAIK..
~MUMTAZ UNTUK UMMAH~

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s