This post actually doesn’t relate at all to any current situation or condition revolved around me, i just got the idea when finishing reading topic “Forgive others” in Enjoy Your Life (Dr. Muhd. Al-‘Arifi : Riyadh)..

Common situation heard, “okay, i’ll forgive, but i’ll not forget!” when someone ask forgiveness over their mistakes. what’s the point on us actually if we not forget their mistakes, we just burden our memories with their incorrect manner or action upon us, when they unintentionally done on ourselves. Keep remembering their faults just contain our memory with charge negative.

One thing we should remain remember in mind that don’t expect every person is perfect (is ourselves didn’t perfect at all, but may be worse than them..!! ). Setiap manusia terdapat kelemahan dan kekurangan diri masing-masing, dan kesilapan mereka terhadap kita kebanyakannya adalah tidak sengaja, jadi, untuk apa kita pendam dan dendam!?

Antara sirah Nabi Muhammad SAW yang cukup menarik untuk diambil pengajaran berkenaan dengan perkara ini ialah ketika pembukaan kota Mekah.

Apabila Rasulullah selesai tawaf di sekeliling dan selesai menyampaikan khutbah, seluruh kaum Musyrikin Mekah yang sebelum ini menyeksa Nabi Muhammad dan para sahabat ketika awal penyebaran Islam terketar-ketar ketakutan kerana menyangka Nabi Muhammad akan membalas balik kejahatan mereka.

Kemudian, Rasulullah bertanya kepada mereka, “apa yang saya akan lakukan kepada kamu?”. Mereka menjawab dengan ketakutan, “Wahai saudara kami yang kami sayangi, maafkan kami..”. Rasulullah menjawab, “Kamu semua bebas..”. Kenyataan daripada Rasulullah itu sungguh mengejutkan hati mereka, sungguh tidak menyangka bahawa mereka akan dimaafkan.

Cuba kita imbas kembali beberapa peristiwa tekanan dan siksaan yang telah Musyrikin Mekah kenakan terhadap umat Islam dahulu. Adakah mereka lupa bahawa mereka pernah memukul Rasulullah, meletakkan najis unta ketika Rasulullah sujud, melempar duri, mencerca, menghina, mengatakan Nabi Muhammad SAW itu seorang ahli magik dan pembohong. Adakah mereka lupa juga mereka pernah membuat pemulauan terhadap Bani Hashim selama 3 tahun, tidak menghiraukan teriak tangis bayi yang kelaparan, tidak ihsan terhadap bani tersebut yang terpaksa makan daun-daun dan kayu kering. Adakah mereka lupa juga bahawa mereka pernah berpakat untuk membunuh Rasulullah!!

Namun, sikap pemaaf yang ditunjukkan oleh Rasulullah pada hari pembukaan Kota Mekah itu cukup menyentuh hati, apabila dibandingkan dengan perkara yang berlaku ke atas diri kita sendiri. Terlalu cukup jauh bezanya. Sikap pemaaf Rasulullah itu juga turut menyebabkan berbondong-bondong memeluk Islam, menunjukkan bahawa perbuatan jahat jika dibalas dengan kebaikan, natijahnya akan berpihak kepada kebaikan.

Jika ada yang memohon maaf. maafkanlah dan lupakanlah.
Jika kita ada melakukan kesalahan, jangan malu untuk mohon maaf..

…….

sekeping hati terlalu payah,
untuk dikawal sebesar jasad,
jika bukan kerana hidayah,
sudah tentu akan fasad..

…….

sifat manusia itu pelupa,
ditambah pula dengan leka,
apabila salah, perlu jumpa,
mohon maaf dengan mereka..

……..

rasa ego memakan diri,
nak berkawan, tiada orang mahu,
jangan hidup sendiri-sendiri,
susah senang tiada orang tahu..

*p/s : forgive and forget..

Advertisements

3 thoughts on “between forgive and forget…

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s