Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan [1]

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Baqarah : 185)

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, (Surah Al-Alaq : 1)

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan hayat oleh Allah SWT untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini, yang mana Allah telah nyatakan betapa banyaknya kelebihan-kelebihan di dalam bulan Ramadhan ini. Ditambah pula dengan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang amat menggalakkan umat Islam untuk berlumba-lumba mengerjakan ibadat di dalam bulan Ramadhan ini. Antara amalan yang dituntut sepanjang bulan penuh barakah ini ialah membaca Al-Quran, kerana pada bulan Ramadhan ialah bulan penurunan Al-Quran.

Apa yang ingin saya bicarakan ialah beberapa keagungan Al-Quran dan Mukjizat Al-Quran yang tidak mampu ditandingi. Sesungguhnya terlalu banyak contoh yang ingin untuk disampaikan, tetapi saya hanya memetik beberapa bahagian sahaja.

Keagungan Al-Quran [2]

Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan sendiri akan keagungan Al-Quran. Tetapi disini saya akan tampilkan beberapa kata-kata orang bukan Islam dan orientalis berkenaan ketakjubaan mereka terhadap Al-Quran.

  • Pengakuan ahli falsafah Perancis yang bernama Alex Lawzon, dia pernah berkata, “Muhammad SAW telah mewariskan kepada dunia sebuah kitab, yang berisi mutiara-mutiara sastera, ajaran akhlak dan budi pekerti. Tiada satupun dari penemuan ilmiah moden yang bertentangan dengan Islam, bahkan ada keselarasan yang harmonis antara ajaran Islam dan hukum alam.”
  • Pengakuan seorang orientalis Jerman, Dr. Syambes, “Barangkali anda hairan dengan pengakuan seorang Eropah seperti aku dengan cara seperti ini. Sungguh aku telah mempelajari Al-Quran, maka aku telah temui di dalamnya makna yang teramat tinggi, susunan kata yang begitu indah dan sastera yang agung, yang belum pernah aku temui sepanjang hidup aku. Satu bait kata lebih baik dari beberapa karangan buku. Dan ini tidak diragui lagi merupakan mukjizat terbesar yang dibawa oleh Muhammad SAW dari Rabb-nya.”
  • Pengakuan orientalis yang bernama Chil, ia pernah berkata, “ Sesungguhnya gaya bahasa Al-Quran itu teramat indah dan penuh makna. Tidak jarang kita temukan gaya bahasa yang begitu menarik dan penuh kemuliaan, khususnya ketika berbicara mengenai kebesaran Allah SWT dan kemuliaanNya. Dan yang lebih menakjubkan hati bahawasanya Al-Quran mudah dicerna oleh orang yang mendengarnya, yang mengundang orang itu untuk membacanya. Baik orang-orang yang beriman atau yang mengingkarinya.”
  • Kesaksian Mise Break, pada salah satu pidatonya di parlimen Inggeris, dia berkata “Sesungguhnya ajaran Al-Quran adalah norma hidup yang paling bijaksana, cerdas dan penuh kasih sayang, begitulah yang ditorehkan sejarah.”

Banyak lagi kata-kata orang bukan Islam berkenaan dengan keagungan Al-Quran Al-Karim. Jika musuh-musuh Islam telah mengakui keagungan Al-Quran, maka bukankah wajib bagi umat islam seluruhnya untuk berpegang teguh kepadanya dan menjadikannya sebagai penerang jalan, pedoman hidup, pembimbing intelektual, penyubur hati, pengubat luka serta pelindung urusan mereka. Insyallah.


Mukjiazat Al-Quran [3]

سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ (٥٣)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Surah Fussilat : 53)

Mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada Nabi-nabi terdahulu adalah mukjizat yang dapat dilihat dengan mata kasar kaum tersebut, seperti tongkat Nabi Musa yang bertukar menjadi ular. Tetapi, mukjizat yang dikurniakan kepada Khatimul Anbiya, Nabi Muhammad SAW adalah mukjizat yang bersifat intellektual dan logik, bersesuaian dengan perubahan manusia daripada kegelapan kepada pemikiran intellektual.

Mukjizat Al-Quran adalah mukjizat intellektual yang bertepatan dengan penyebaran Islam adalah untuk seluruh umat manusia di sepanjang masa. Nabi Muhammad SAW datang dengan mukjizat Al-Quran yang kekal sepanjang zaman. 

Beberapa contoh mukjizat Al-Quran 

  • Mukjizat kejadian yang akan berlaku.
    • Peperangan Badar Al-Kubra


 

وَإِذۡ يَعِدُكُمُ ٱللَّهُ إِحۡدَى ٱلطَّآٮِٕفَتَيۡنِ أَنَّہَا لَكُمۡ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيۡرَ ذَاتِ ٱلشَّوۡڪَةِ تَكُونُ لَكُمۡ وَيُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُحِقَّ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَيَقۡطَعَ دَابِرَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٧)

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya; (Surah Al-Anfal : 7)

Ayat Al-Quran berkenaan telah diturunkan sebelum berlaku peperangan Badar. Allah SWT telah menjanjikan kepada tentera Islam bahawa mereka akan menang, sama ada dapat mendapatkan barang dagangan atau kemenangan di dalam peperangan.

  • Pembukaan Kota Mekah

لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧)

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam – insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) – Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (Surah Al-Fath : 27)

Kedatangan rombongan umrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat pada bulan ZulQaedah tahun keenam Hijrah dari Madinah ditahan oleh musyrikin Mekah, dan berlaku Perjanjian Hudaibiah, yang mana rombongan Baginda tidak dibenarkan untuk mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Kemudian, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat mengerjakan umrah qada’ pada bulan Zulhijjah tahun ketujuh Hijrah.

Setahun selepas peristiwa tersebut, berlaku peristiwa pembukaan kota Mekah berlaku pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah, tanpa berlaku sebarang peperangan dan kota Mekah dikuasai oleh tentera Islam.

  • Mukjizat sejarah di dalam Al-Quran
    • Banjir besar

Banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh merupakan bala yang Allah turunkan kepada umat Nabi Nuh AS diatas keengganan mereka untuk menerima dakwah.

وَقَوۡمَ نُوحٍ۬ لَّمَّا ڪَذَّبُواْ ٱلرُّسُلَ أَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ وَجَعَلۡنَـٰهُمۡ لِلنَّاسِ ءَايَةً۬‌ۖ وَأَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ عَذَابًا أَلِيمً۬ا (٣٧)

dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah Al-Furqan : 37)

  • Ashabul Kahfi

Allah SWT menceritakan kisah tujuh orang pemuda yang telah tertidur di dalam gua selama 300 tahun.

وَتَحۡسَبُہُمۡ أَيۡقَاظً۬ا وَهُمۡ رُقُودٌ۬‌ۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِ‌ۖ وَكَلۡبُهُم بَـٰسِطٌ۬ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِ‌ۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡہِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارً۬ا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡہُمۡ رُعۡبً۬ا (١٨)

dan Engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka Dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika Engkau melihat mereka, tentulah Engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah Engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Surah Al-Kahfi : ayat 18)

14 abad telah berlalu sejak peristiwa tersebut dikisahkan di dalam Al-Quran, dan bukti penemuan telah dijumpai hanya pada tahun 1963 oleh pakar arkiologi Jordan, Rafiq Wafa Ad-Dajani. 8 kubur telah ditemui, dan itu merupakan bilangan yang Allah telah nyatakan di dalam Al-Quran. Berdekatan dengan pintu masuk gua, terdapat tengkorak anjing yang menjadi pengawal mereka. Kedudukan gua dan kesan cahaya matahari telah dikaji dan memang bertepatan dengan ayat Al-Quran :

۞ وَتَرَى ٱلشَّمۡسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَٲوَرُ عَن كَهۡفِهِمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقۡرِضُہُمۡ ذَاتَ ٱلشِّمَالِ وَهُمۡ فِى فَجۡوَةٍ۬ مِّنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۗ مَن يَہۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِ‌ۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُ ۥ وَلِيًّ۬ا مُّرۡشِدً۬ا (١٧)

dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu. yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka Dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadaNya. (Surah Al-Kahfi : 17)

  • Mukjizat Undang-undang di dalam Al-Quran
    • Pengaharaman daging khinzir

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٍ۬ وَلَا عَادٍ۬ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٧٣)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Baqarah : 173)

Sains moden telah membuktikan bahawa daging khinzir mengandungi cacing dan bakteria yang tidak dapat dibunuh dengan mana-mana tahap kepanasan haba.

  • Hukum potong tangan bagi pencuri

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٣٨)

dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Maidah : 38)

Hukuman potong tangan bagi kes kecurian adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Jika kita lihat kepada hukum buatan manusia bagi kes kecurian adalah hukuman penjara, kita dapati bahawa hukuman penjara menelan belanja yang besar. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, kos untuk menampung seorang pencuri di penjara adalah sebanyak 30,000 USD setahun!

  • Mukjizat kejadian manusia di dalam Al-Quran
    • Manusia adalah sebaik-baik kejadian

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah Al-Tin : 4)

ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّٮٰكَ فَعَدَلَكَ (٧) فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ۬ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ (٨)

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan Yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, ia menyusun kejadianmu. (Surah Al-Infitaar : 7 -8)

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang paling komplek  di alam semesta, dengan sel, tisu, organ dan sistem badan. CiptaanNya terlalu komplek dan sempurna, sehingga tiada saintis yang mempu menandingiNya. Manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal fikiran yang mampu menilai sesuatu perkara, akal yang tidak dikurniakan kepada haiwan.

_________________________________________________________________________________________________

Sumber 

[1] Al-Quran Al-Karim

[2] Keagungan Al-Quran Al Karim

[3] The Unchallengeable The Miracles of the Quran : Yusuf Al-Haj Ahmad

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s