Di dalam kitab karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi; Fiqh Daulah (Fiqh Kenegaraan), dalam bab Menuju Ke Arah Fiqh Politik Yang Berwibawa, ada menyebut berkenaan dengan tuntutan untuk membersihkan sistem politik yang tidak mengikut lunas Islam. Berikut merupakan petikan daripada kitab tersebut.

Soalan yang diajukan kepada Dr. Yusuf Al-Qardhawi:

Seluruh Umat Islam sedia maklum bahawa mencegah mungkar adalah perkara yang wajib dilaksana berdasarkan tiga tahap keupayaan (yang disebut dalam hadis Baginda S.A.W). Tetapi yang dibicarakan sejak akhir ini ialah mengenai jenayah politik. Kita biasa diberitakan hal-hal kemungkaran yang berlaku dari saluran politik. Persoalannya adakah bergelumang dengan politik kotor ini termasuk sebagai kemungkaran yang wajib dicegah? Ataukah yang disebut kemungkaran itu hanyalah sekitar perlanggaran hukum syara’ semata-mata seperti kes penzinaan ataupun minum arak? Dan apakah hukumnya bagi mereka yang mendiamkan diri membiarkan jenayah politik berlaku?

Jawapan Dr Yusuf Al-Qardhawi:

Dengan nama Allah dan segala pujian bagi-Nya. Selamat dan kesejahteraan buat Baginda Rasulullah dan juga para pengikutnya.

Beberapa penjelasan di dalam Al Quran dan Hadis mengenai perihal membisukan diri (pasif) dari sikap bingkas dan bangun mencegah kemungkaran, ataupun sikap berpeluk tubuh terhadap kezaliman sangat keras dan mampu menggugah perasaan sesiapun yang di dalam hatinya memiliki iman sebesar zarah. Al Quran telah memberikan ancaman terhadap golongan ini,

“Orang-orang Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu bersikap menceroboh (hak-hak Allah). Mereka sentiasa tidak melarang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka kepada Allah) yang dilakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan”. (Al Maidah:78-79).

Manakala Rasulullah bersabda,“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah (menukar) dengan tangannya (kuasanya), jika ia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya (keterangannya), jika ia tidak mampu juga hendaklah dia mengubahnya dengan hati dan inilah peringkat iman yang paling lemah”. (Riwayat Muslim dan selainnya meriwayatkan dari Abu Said al Khudri)

Adalah menjadi suatu kesilapan jika kita menyangka bahawa kemungkaran itu hanya tertumpu melibatkan perbuatan zina, minum arak dan yang seumpama dengannya.

Ketahuilah sesungguhnya mempermainkan maruah rakyat  juga dikira sebagai mungkar, menipu dalam pilihanraya juga merupakan jenayah serius yang bererti mungkar, enggan melunaskan tanggungjawab pilihanraya juga disebut sebagai mungkar (kerana ia termasuk dosa menyembunyikan kesaksian), memilih pemimpin yang tidak layak untuk mentadbir sesuatu urusan adalah perkara mungkar, Membolot harta rakyat adalah perkara mungkar, memonopoli dan menyembunyi barang keperluan rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni adalah mungkar, menangkap seseorang dengan menggunakan sistem kehakiman yang tiada integriti adalah mungkar, menyeksa  dan membungkam orang yang tertuduh di dalam penjara (dengan sistem zalim itu) adalah mungkar, membayar atau menerima rasuah adalah mungkar, menyogok pemerintah untuk melakukan kebatilan lalu mereka menjadi penyokongnya yang sama bersekongkol dengan musuh Allah serta musuh orang beriman – mereka mengaburkan kepentingan orang Mukmin atas perbuatan khianatnya, semua itu termasuklah sebagai petanda kemungkaran telah berlaku.

Rentetan kemungkaran ini seterusnya kita akan dapati ia menjadi satu daerah dosa yang berleluasa sehingga jenayah dianggap orang sebagai teras wajib dalam politik itu sendiri (wujud istilah politik jijik kerana ia dikotori). Lalu adakah wajar seorang Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, dan bersungguh mengharapkan keredhaan Allah rela membiarkan kemungkaran ini? Patutkah seorang Muslim itu mengundurkan diri dari lapangan bertindak kerana bacul, masih mengharapkan cebisan habuan dari penguasa dengan sikap play safe untuk menyelamatkan diri sendiri?

____________________________________________________________________________________________

Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah tuntutan untuk melaksanakan amar ma’aruf dan nahi mungkar yang mana masing-masing sudah mengetahui akan kewajiban untuk melaksanakannya. Tuntutan ini bukan hanya sekadar dalam lingkungan terdekat sahaja; rakan sekeliling, keluarga dan masyarakat setempat, malah tuntutan ini juga melibatkan pemerintah negara.

Kesalahan pemerintahan dalam mentadbir negara yang tidak mengikut lunas Al-Quran seperti zina, minum arak dan yang seumpama dengannya (yang mana telah jelas pengharamannya di dalam Al-Quran), tetapi terdapat juga beberapa aspek lain yang perlu diketahui akan kemungkarannya dan perlu diperbetulkan.

Antaranya ialah:

  • mempermainkan maruah rakyat
  • menipu dalam pilihanraya
  • enggan melunaskan tanggungjawab pilihanraya (ia termasuk dosa menyembunyikan kesaksian),
  • memilih pemimpin yang tidak layak untuk mentadbir sesuatu urusan
  • membolot harta rakyat
  • memonopoli dan menyembunyi barang keperluan rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni
  • menangkap seseorang dengan menggunakan sistem kehakiman yang tiada integriti
  • menyeksa  dan membungkam orang yang tertuduh di dalam penjara (dengan sistem zalim)
  • membayar atau menerima rasuah
  • menyogok pemerintah untuk melakukan kebatilan lalu mereka menjadi penyokongnya yang sama bersekongkol dengan musuh Allah serta musuh orang beriman
Oleh itu, tidak dapat tidak, kita sebagai Muslim yang mengetahui akan tuntutan amar ma’aruf nahi mungkar hendaklah mengambil langkah dalam membanteras perkara sedemikian. Walaubagaimanapun, gerak kerja ini tidak mampu untuk dilaksanakan secara individu, kerana kekuatan pemerintah adalah besar. Maka, dengan kata lain, gerak kerja ini perlu dilakukan secara kolektif (berjemaah) dan perlu dilakukan secara berterusan sehingga hukum Allah dapat ditegakkan di atas muka bumi.
Dan Kami telah turunkan kepadaMu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mengikut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. (Surah Al-Maidah : 48)

Advertisements

One thought on “Politik kotor yang perlu dibersihkan..

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s