Say goodbye to previous seconds..

Di dalam musim peperiksaan, masa merupakan satu entiti yang amat diberi perhatian.. Each seconds passing by without something useful, really wasting.. Each time passing by, never ever come back again. Jika perkara ini kita ambil berat semasa musim peperiksaan, terasa cukup rugi jika tidak menggunakan masa sebaik mungkin untuk ulangkaji (dah kata last minute study, mmng rase x cukup tanah nk study..eh, xde kaitan..), tapi, kenapa kita tidak pernah pikir each time passing by, tanpa mengisi masa itu untuk menambah amalan kita (malah kita menanbah saham dosa, nauzubillah), tidakkah kita merasa cukup rugi? Cukup rugi masa yang berlalu tanpa membuahkan sesuatu yang bermenfaat dan boleh dijadikan saham untuk kita di akhirat kelak.

Situasi biasa berlaku:

“Aduh, kalau aku sempat belek kertas nota tuh last tadi, confirm aku dah boleh jawab dah soalan ni..adehai..”

“Ceh, buat rugi je aku baca kertas tu berhari-hari, masuk sikit jer..baik aku bace yang lain..”

Cuba fikir kembali, kenapa kita selalu merungut jika kita tidak berkesempatan atau tidak cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan? Sedangkan kita sudah mengetahui masa peperiksaan, bermakna kita sudah mengetahui berapa lama yang kita ada untuk bersedia. Countdown, isn’t it? Perkara yang kita sudah jangka akan berlaku, kita melakukan persediaan yang secukupnya. Tetapi, kenapa kita jarang bersedia untuk perkara yang pasti berlaku, tetapi tidak diketahui masanya.

Ketahuilah bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti, cuma masa kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Adakah kita yakin sebaik sahaja kita membaca artikel ini, kita masih diberi peluang untuk hidup? Wallahu a’alam. Hidup dan mati merupakan rahsia Allah SWT. Tiada siapa yang mengetahui, walau setinggi mana ilmu yang dimiliki. Bahkan seorang doktor juga tidak mampu untuk menjangka kematian seorang pesakit. (Bahkan doktor sendiri lebih-lebih tidak mengetahui akan masa kematian diri sendiri..)

Renungilah kembali ayat Al-Quran yang menyebut bahawa manusia di padang Masyhar nanti, akan memohon kepada Allah supaya dikembalikan di dunia untuk bertaubat dan beribadat kepada Allah, walau sekadar menyebut “Astaghfirullah Hal Azim”. Kita meyakini ayat tersebut. Kita juga sedar bahawa kita merupakan golongan yang tidak menggunakan masa yang ada untuk menambah saham untuk akhirat. Ketahuilah bahawa dunia tidak lain hanyalah tempat untuk bercucuk tanam bagi menuai hasil di akhirat.

Tetapi, jika di dunia kita tidak bercucuk tanam, mana mungkin kita akan menuai hasil di akhirat nanti, di mana tiada sumber yang dapat membantu kita selain dari bekal amalan yang diterima Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman, “Persiapkanlah bekal, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa.”.

~Muhasabah diri bersama~

Advertisements

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s